SEJARAH KAMI...
Takaful Ikhlas sudah beroperasi selama hampir 3 tahun di negara ini. Cemerlang dalam pertumbuhan dalam
perniagaan setiap tahun dan bercita-cita menjadi syarikat takaful No 1 di Malaysia.
Hari ini Takaful Ikhlas adalah syarikat takaful yang semakin disegani, dikenali dan terulung dari
segi perkhidmatan, produk yang terkini, kecanggihan sistem operasinya dan banyak melahirkan konsultan takaful
yang berwibawa dan berjaya.
Ianya juga disokong dengan kuat oleh syarikat induk kami MNRB Holdings Berhad dimana kami mempunyai paid capital sebanyak
RM100 juta tunai. MNRB Holdings Berhad adalah anak syarikat kepada PNB Holdings dan tidak perlu diperkatakan lagi bahawa PNB
adalah sebuah syarikat Goverment Link dan mempunyai berbillion RM aset.
Falsafah Kami...
Kami percaya memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan kami adalah kunci utama kejayaan di dalam perniagaan kami. Kejayaan kami juga adalah berpunca daripada
kepercayaan pelanggan terhadap kami dan motto kami juga menyatakan pelanggan mesti diutamakan. Falsafah ini terus hidup dalam
diri kami hari ini,esok dan selamanya.
|